Tajuk : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Penulis : Zura Asyfar
Sinopsis novel :
CINTA pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjaniji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputusndi tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau."
-FIRASH ARSHAD-
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku."
-SYAFA AQIRA-
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia redha kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak Ingin pun!"
-SYAFA AQIRA-
"Betul ke tak ingin? Dulu Okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?"
-FIRASH ARSDHAD-
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaiman pula kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Cast drama :
Tiz Zaqyah - Syaf
Izzue Islam - Firash/Chad
Qi Qushairi - Haqimy
Uqasha Senrose - Raina/Rania
Azlee Khairi - Raimy
Fezrul Khan - Farish
Zuhairi Ibrahim - Datuk Fakhrul
Wilma - Datin Farizah
Marisa Yasmin - Aida
Sinopsis drama :
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Tapi, satu peristiwa hitam telah mengubah segalanya. Syaf, Farish, Firash masing-masing dijemput ke sebuah majlis sambutan hari jadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu yang tidak baik dengan memerangkap mereka untuk mendapatkan Syaf dan Firash. Farish sangatlah kecewa dengan sikap Firash yang difitnah terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik-beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak mahu berkahwin pada usia muda iaitu 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya...