Assalamualaikum~
Dah selamat pun aku mendaftar kat Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Dah hampir seminggu kat sini. Time daftar hari tu, nasib baik sampai awal hasil bertolak dari KL pukul 4.30 pagi dan tidak berhenti makan di R&R, hanya membuang air sahaja.. Huhu.. Nasib baik ibu ade sediakan bekal. Tiba di Gopeng pada jam 8 pagi dan terus menuju ke matriks tersebut. Itu pun kereta dah banyak.. Kalau sampai pukul 10, mahu stuck kat entrance 3,4 jam.. First day, takde lar rushing sangat... Pendaftaran, check in asrama semua siap dalam pukul 12.30 camtu. Pukul 1, family bergerak pulang. Sebenarnya rasa nak menangis dah time tu tapi tak nak tunjuk kat diorang takut nanti diorang risau pulak. Anyway, rasa je nak menangis tapi air mata tak gugur ok.. Taklimat start pkl 4 selama 1 jam, then solat, makan, tukar baju semua smpai maghrib. Lepas isyak, ada taklimat dgn pengetua & felo. Habis lebih kurang pkl 11.30 malam camtu. Nak mandi, tukar baju tidur semua.. dapat lar tidur pkl 12.30.
Aku bangun pukul 3.30 pagi untuk mengelakkan daripada berebut bilik air. Sempat lar jugak basuh kain sebelum bergerak untuk solat subuh berjemaah. Hari ke-2 sampai hari ke-4 memang pack lar jadual, gap dia pun 1 jam je.. Dalam 1 jam tu kalau slow, memang tak dapat makanlah. Yang paling best dengan minggu orientasi ni adelah kakak-kakak & abang-abang AJKO yang sentiasa membimbing kitorang. AJKO-AJKO yang jaga kitorang memang sporting giler. Korang memang AWESOME!!!!! Macam-macam game & lagu diorang ajar. Selain itu, kitorang juga diberi nasihat-nasihat dan doa-doa yang boleh dipraktikkan selama berada di matriks juga kehidupan seharian. Untuk minggu orientasi MPPB ni paling awal boleh balik asrama pun 11.30 malam.
Cerita pasal teman sebilik.. Diorang semua peramah and sporting jugak. Boleh dikira sekepala jugak lar dengan aku.. Hehehe.. Sorang datang dari Johor dan 2 orang lagi dari Perak. Geng-geng sebilik aku diberi nama.. Yaya (my another scandal!! joke) , Su, Ama!! Senang nak berkawan dengan diorang. Disebabkan dapat roommate seperti mereka, aku boleh adapt lar dengan suasana asrama yang first time aku rasakan ni. Takde lar sedih-sedih sangat sebab terpisah jauh dari family. THANK YOU FRIENDZ!!!! =^.^= Kat sini aku jumpa dengan budak-budak yang satu sekolah dengan aku dulu jugak.. Lagi lar aku happy. Iera (my abang, hihi), naz, aliana, nisa, mun, nadia, hud & faris, AKU BERSYUKUR KORANG ADE KAT SINI. TERIMA KASIH YA ALLAH!! Ahaha...
KMPk / Kolej Matrikulasi Perak
Sebuah tempat yang cantik dan luas. Satu-satunya matrik yang terletak di atas bukit. Keluar je daripada asrama, bersiap sedia lah untuk mengeluarkan peluh walaupun ke mana sahaja anda hendak pergi. Hahaha.. Serius ni!! Terutama sekali kepada pelajar lelaki.. Disebabkan matriks ini terletak di atas bukit, memang kena banyak mendaki lar kalau nak pergi makan, kuliah, masjid, etc.. Aku jealous kat asrama lelaki sebab kat situ boleh tengok SUNSET..! Walaupun begitu, aku lebih prefer asrama perempuan because.... of the distance between the asrama and tempat belajar semua. Teehee~ Nasib badan lar siapa yang jadi lelaki. Tak rugilah sambung belajar kat sini. Banyak kemudahan yang disediakan untuk para pelajar. Di sini juga amat mementingkan soal agama.
SOME PICTURE
berdekatan dengan asrama lelaki...
SOME PICTURE
berdekatan dengan asrama lelaki...
Ni je lar kot cerita kali ni... Kalau eden teringat pape untuk minggu pertama lagi, nanti eden tambah lagi. Hihi.. Lebih banyak cerita tentang kehidupan di KMPk akan di'update'. Nanti-nantikannya...!