Saturday, June 15, 2013

[MY STORY] No Relax Anymore..

Assalamualaikum~
A very good morning, goodnight and selamat sejahtera~

Sekarang dah masuk minggu ke-3 di KMPk.. Semua kelas dah start, assignment and lab report pun dah start kena buat.. Yang paling banyak kerja adalah buku tutorial, tak cukup tangan rasanya nak siapkan semua ni dalam masa yang singkat.

Lab report pun satu hal, hari ni buat experiment esok dah nak kena hantar. So, memang kena prepare report tu sebelum experiment dijalankan. Ini pun dah kira bernasib baik, kawan aku lecturer dorang nak on that day jugak. Fulamak... Dengan jotter book nye lagi. Waduh waduh~ Nak studi untuk kuiz pun tak sempat... huhuhu

Jadual pack giler!!!!!! Jeles ngan jadual budak akaun, hehe.... Yaya, jom tukar position! TTRINGG!!!! Aku akaun, kau sains... Hahaha..! Tukar ngan Ama & Su ok jugak.. One more thing, lecture hall dia, perghh sejuk habis.. 2 jam dalam tu memang macam dah ade kat kutub utara sudah. Bilik tutorial plak, kelas aku dapat yang tingkat 2, 3 camtu.. Memang turun naik lar setiap hari.. Kalau macam hari Jumaat, pagi naik tingkat 3, then turun ground pegi lecture hall, last subjek naik tingkat 3 balik.

Ohya, tahun ni kolej matrikulasi menerima pelajar melebihi had so 1 bilik ade 5 orang sekarang. Dapat roommate baru~ Si dia diberi nama Shira. Course sains tapi tak sama modul dengan aku.. Anyway, welcome new friend.. Buat masa ni, bilik tak disusun lagi so harap hang selasa stay di position sekarang buat sementara waktu..

Disebabkan dah nak bulan puasa, setiap hari Isnin dan Khamis, masjid Al-Maghfirat telah mengadakan IFTAR berbuka puasa. Khamis hari tu, aku dan roommate-roommateku telah memberi nama untuk menyertai aktiviti tersebut. Sebaik sahaja azan berbunyi kami segera berbuka dengan air bandung dan sebiji kurma. Tapi Cik Y...a sorang ni dah bedal dulu nasi dalam talam tu sorang-sorang. Kelakor benor kalau diingatkan balik.. Hihi..

BONUSSSS!!!!!!!

                                                             

 
THE IMAGINARY LOVE STORY OF BLOK TEJA T1.19 
^_^
 
 
Pada suatu pagi yang indah, lena tidurku dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam daripada alarm phone roommateku. Dengan hati yang tidak rela untuk meninggalkan katil, bantal dan 'POOH'ku.. aku gagahkan jugak diriku untuk bangun mandi pada jam 4.30 pagi. Selesai mandi, kami bergerak ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh. Solat pagi itu dipimpin oleh seorang 'ANTUMM'. Alunan bacaan-bacaan surahnya amat menarik perhatian kami. Suaranya yang ala-ala romantik gitu. Setiap kali ke masjid, kitorang akan ternanti-nanti dengan kemunculannya.. Haha.. Sebab aku yang paling excited, dah jadi scandal pulak dalam bilik, aku jadi secret admirer 'ANTUMM'.. Persoalannya sekarang, siapakah identiti sebenar 'ANTUMM', apakah dia PDT sem 3 atau sebaya dengan kami..? Jawapannya semakin menghampiri, sikit je lagi.. Takde rezeki nak tahu lagi nampaknya.. Yang pasti, setiap kali terlihat kelibat lelaki memakai jubah hitam dan berselendang bahu hijau, dia akan dikategorikan sebagai 'ANTUMM' walaupun entah sesiapa sahaja orang itu. Macam-macamlah kerja roommate aku 3 orang ni. Ada satu hari tu, dah semangat ke masjid nak solat Subuh tetapi dah hampir jam 6 pagi, azan masih belum dikumandangkan. Tertanya-tanya ke manakah menghilangnya 'ANTUMM'? Dikau telah mengecewakan aku.. Haha.. Joking, melebih-lebih pulak aku. Maybe hari tu dia tukar shift dengan orang lain kot. Kami cuba memahami... hehe... Untuk Cik Ama kita, scandal dia ialah 'ABANG PDT'. Ahaha... Aku pun tak berapa tau cite sangat, kena siasat lagi ni. 5 tahun akan datang, untuk Cik Su kita, telah dicalonkan untuknya seorang 'ABANG SEBAK'.. Bacaan surah-surah oleh 'ABANG SEBAK' telah meruntun jiwa Su. Wah, wah,wah... Syukur Alhamdulillah!!! Ahaha.. Akhir sekali, Yaya telah berpunya so tiada scandal untukmu di sini ya Baby...! Setia pada yang satu... Hehe

p/s : tajuk sampingan "Rindu Bertamu Di Masjid" =^.^=
BONUS STORY JUST FOR FUN SAHAJA~ NOW!!!! JUST FOCUS ON STUDY...