Saturday, February 26, 2011

[MOVIE] Geng : Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Assalamualaikum...
Untuk menunjukkan yang aku juga menyokong movie, drama Malaysia...
Sini aku ceritakan tentang 1 movie kartun Malaysia yang terkenal ni...



Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran di sebaliknya... Sehinggalah Badrol, Lim dan rakan - rakan baru mereka terjerumus  ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan jauh ke dalam hutan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar termasuk seekor ular gergasi yang mistik.

Badrol seorang budak yang bersahaja, gemar bersenang - senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia tinggal dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama tinggal di bandar, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara - gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya katak dan kodok.

Lim budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan serta perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak diperlukan.

Rajoo budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar - siar dengan lembu peliharaannya, Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan meskipun yang lain - lain amat meraguinya.

Ros dikatakan sebagai gadis paling jelita di kampung. Dia membantu neneknya menjual makanan sambil mengawasi adik - adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik - adiknya itu sering membuat dia naik darah. Dia gemar menonton drama melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin & Ipin adik - beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering dimarahi kakak mereka, Ros kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi, mereka tidal lupa membawa membawa pistol mainan. Upin lebih tua dan ada sehelai rambut di atas kepalanya yang menjadikan dia bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin pelat menyebut 's'.

1 comment: