Sunday, May 19, 2013

[MY STORY] Keputusan Sambung Belajar

Assalamualaikum..
Tak sangka nak sambung belajar kat mana pun boleh buat kita stress. Bulan 5 ni lar yang paling stress sebab tarikh kemasukan sambung belajar dah semakin dekat. Alhamdulillah dapat tawaran ke matrikulasi dan upu. So, sekarang tinggal nak decide nak pergi yang mana satu je. Ini antara perkara-perkara yang berlegar dalam kepala bila nak decide mana satu pilihan yang betul..

                

MATRIKULASI
- boleh ke aku bawa pelajaran kat sana?
- matrikulasi perak, ok lar. dlu abg sedara aku pun matriks kat situ jugak.
- kalau amik matriks, tak amik masa lama nak tunggu buat ijazah.
- kena work hard lar sebab orang kata kalau memain nti susah nak dapat course yang kita nak.
- kalau amik matrik, 1 semester pelajar akan diberikan bantuan kewangan so takde lar membebankan
  family sangat.
- ibu bagi hadiah patung besar, boleh ke bawa nanti agak nye ye?
- tarikh kemasukan matriks 27 Mei ni. (huhu.. :'( tak dapat gi kenduri mak cik.)

UPU
- seronok sebab nti terus belajar course yang kita minat.
- tapi sebab aku dapat diploma, kena guna wang PTPTN.
  * family aku agak anti dengan benda-benda yang berkaitan PTPTN ni. Hehe..
- kalau amik upu, lepas 3 tahun baru boleh buat ijazah.
- kat upu, maybe boleh relax sikit berbanding kat matriks mengikut kata-kata orang lar.
- tarikh kemasukan upu maybe 1 Jun (tak dapat gi kenduri jugak.. LOL :p )

   

KEPUTUSAN AKHIR
Selepas berfikir dan meminta petunjuk daripada Allah SWT, family aku sepakat yang aku akan terima tawaran matrikulasi. Dengan itu, 27 Mei ini secara officially nya aku akan bergerak ke Perak. Wah, inilah first time berjauhan dengan family. Tak  tau lar camne nanti kat sana. Barang-barang pun dah nak siap packing. Punyalah bersemangat family aku sediakan semua barang keperluan untuk anak mereka ini. Macam ni kena belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membanggakan mereka dan membalas jasa mereka selama ini.

No comments:

Post a Comment